Sesi Dialog Belanjawan 2024 Negeri Sabah

Sesi Dialog Belanjawan 2024 Negeri Sabah

Sesi Dialog Belanjawan 2024 Negeri Sabah yang telah dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I di Kota Kinabalu ini adalah negeri kelima dalam Siri Jelajah Belanjawan 2024.

Sesi kali ini melibatkan lebih 300 peserta yang terdiri daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, NGO, persatuan pengusaha pelancongan, persatuan usahawan kecil dan sederhana, dewan perniagaan dan lain-lain.

Sepanjang sesi dialog, pelbagai isu dibangkitkan dan diberi tumpuan sebagai input Belanjawan 2024 melalui cadangan dan inisiatif pembangunan pelbagai sektor di Negeri Sabah. Ujar beliau, Sabah mempunyai kekuatan serta tarikan sendiri dari sektor pelancongan dan keunikan ini perlu diketengahkan bagi mencapai matlamat-matlamat negara di peringkat global.

Turut hadir dalam sesi dialog ini ialah YB Tuan Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, YB Datuk Julita Majungki, Pembantu Menteri Kewangan I, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, YBhg. Dato’ Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah dan YBhg. Datuk Dr. Ahemad Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pembangunan) (wakil kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah).